Thursday, October 27, 2011
Gaya Hidup Sihat Tanpa denggi
Thursday, August 25, 2011
Resepi Ayam panggang
Resepi ayam panggang..untuk setengah ekor ayam..
Bahan A
bawang merah 1 biji
bawang putih 2 ulas
ketumbar 1/2 tsp
jintan manis 1/2 tsp
jintan putih 1/2 tsp
halia 1 inchi
Bahan B
garam secukup rasa
gula secukup rasa
penambah perisa sikit je
kicap tiram secukup rasa
kicap secukup rasa
Ayam
caranya:
Tumbuk bahan A sampai lumat..
Basuh ayam bersih2 dan potong kecik2..senang nak masak
Gaulkan bahan A bersama ayam.
Masukkan bahan B ke dalam ayam yang telah digaulkan tadi.
Panaskan oven 180 set kan masa 45 minit.
Masukkan ayam dalam oven dan tunggu la selama 45 minit utk masak.
Senang je
Dah masak kuarkan dan makan..
sedappp..nyum nyum..cubalah tak rugi
Tuesday, April 12, 2011
Khasiat Bawang Putih...
Pagi tadi aku guna BAWANG PUTIH sebab kat tangan aku nih mcm ada gatal2...takut merebak la pulak..aku potong bawang putih tu je pastu sapu kat tangan yang gatal..sebab dulu arwah mak aku kata kalau guna bawang putih memang berkesan..pastu lepas sapu pijor la tangan aku kejap..tapi lepas tuh dah tak gatal lagi..hmmm kuman dah mati kot..bagus betul petua orang tua2 nih..ubat traditional. tanpa bahan kimia berbahaya..so lepas masuk opis pagi nih aku pun surf la mencari khasiat bawang putih yang sebenarnye..haa terjumpala blog member nih yang ada entri pasai bawang putih nih..
http://ambooyats.blogspot.com/2010/09/rahsia-permaisuri-herba-bawang-putih.html
Tahukah Kita.....?????
Orang Mesir dan Cina telah menggunakan bawang putih sejak beribu tahun dahulu. Pekerja buruh Mesir memakan bawang putih setiap hari untuk mengekalkan kesihatan mereka. Di China terdapat tulisan tentang kegunaan bawang putih sebagai ubat. Di India bawang putih digunakan untuk mengunati batuk kering dan tekanan gula dalam darah. Di Thailand, bawang putih diguna bagi MENGIMBANGI KOLESTEROL dan tekanan darah tinggi tubuh.
Faedah Kesihatan
Berfungsi sebagai antiseptik, antibody, antibakteria, antioksidan, menghilangkan kahak, sesak nafas. Juga meransang dan menguatkan sistem imunisasi, mencegah infeksi, mengawal tekanan darah tinggi dan mengimbang kolesterol tubuh. Antibiotik semulajadi iaitu Alicin yang terdapat dalam bawang putih boleh membunuh kuman yang menyebabkan batuk, asma dan sesak nafas.
Kaedah Pengambilan
1. Hiris seulas bawang putih dan rendam dalam air suam dan minum setiap pagi sebelum mengambil sarapan. ia diambil sebelum tidur untuk mencegah sinus.
2. Untuk meredakan rasa sejuk, batuk,selesema dan asma, cara yang sama boleh digunakan tetapi ambilah 3-4 kali sehari selepas makan. Juga dapat membantu membersihkan hati, mengawal tekanan gula dan darah tinggi.
3. Untuk mengurangkan rasa kurang enak, boleh dicampur dengan madu.
Kegunaan Luar
1. Mengubat kaki tersalah urat, tumbuk dan campur minayk zaitun. Letak pada tempat sakit selama 15 minit. Jika terkena ulat air letak selama 20 minit atau setengah jam. Cuci kaki dengan air suam.
2. Juga boleh digunakan jika terkena gigitan nyamuk dan serangga berbisa.
Monday, April 4, 2011
Cara2 mengukur kaki anak anda
Cara2 Mengukur Kaki Anak Anda :
1. Letakkan kaki anak diatas sehelai kertas
2. Tandakan dgn pensil hujung jari ke hujung tumit kaki
3. Ukur dgn pembaris ukuran kaki anak dgn menggunakan sentimeter (sm)
4. Jika kaki anak 15 sm, tambah ukuran 1.5 - 2 cm
5. Jadi, kasut yg sesuai dgn anak anda berukuran 16.5 @ 17 sm
Selamat mencuba.........
Friday, April 1, 2011
tentukan waktu dengan tepat
www.worldtimeserver.com/current_time_in_MY.aspx
klik la link tuh..boley dapatkan info yang berguna dan tentukan waktu dengan tepat..
www.worldtimeserver.com/current_time_in_MY.aspx
Thursday, March 31, 2011
khasiat memeluk isteri dan pelukan suami untuk isteri
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
Wednesday, March 30, 2011
FAKTA: Rahsia pemakanan ilmuwan Islam
2. Kismis – Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari.
3. Susu segar – Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam.
4. Telur – Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli – ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5. Halia – Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi.
6. Buah Delima – Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari.”
Tuesday, March 29, 2011
Jackie Chan sudah mati...??????
“Jackie Chan berbakat besar dan mengingatkan kita mengenai kekuatan sifat kemanusiaan. Beliau akan kekal di hati kita, memberi inspirasi kepada generasi akan datang.”
NEW DELHI: Aktor terkenal Hong Kong, Jackie Chan, menjadi mangsa terbaru penipuan kematian menerusi Twitter apabila dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung.
‘RIP Jackie Chan’ antara topik paling popular dalam perbualan menerusi Twitter dan Google, semalam.
Semuanya berpunca daripada laporan palsu yang difail menggunakan artikel Cable News Network (CNN) yang juga dipalsukan pemilik blog bernama Skiphopz sekali gus mencetus khabar angin kematian pelakon berusia 56 tahun itu.
Malah, ia juga menggunakan ulasan Presiden Barack Obama memberi penghormatan terakhir kepada aktor itu.
“Jackie Chan berbakat besar dan mengingatkan kita mengenai kekuatan sifat kemanusiaan. Beliau akan kekal di hati kita, memberi inspirasi kepada generasi akan datang.”
Artikel itu dibuat menggunakan perkhidmatan tanpa nama percuma secara online, membenarkan pengguna mencatat kod HTML code dan mencipta semula sebuah laman web tanpa identiti.
Apapun, pelakon aksi terkenal itu nyata masih hidup dan bakal menemui peminat menerusi filem 1911 lewat tahun ini. – Agensi
INFO: Tips untuk ibu bapa
* Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah.
* Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran.
* Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur.
* Waktu ketika anak antara sedar dan tidak. Rebut peluang bisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat.
* Doakan kejayaan anak, rakan anak mereka, anak rakan dan jiran.
Monday, March 28, 2011
entry busuk....tolong flush taik anda
tadi kat opis...ada orang tak flush taik..yark...alaaa...bukannye susah nak flush taik tuh..atau adakah anda terlupa untuk flush taik anda kerana anda sangat tergesa gesa untuk pergi meeting.....hahahha...
P/S...Watch oUt ur Own Shittt!!
Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;
Kaedah Pertama:
Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Kaedah Kedua:
Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.
Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;
Doa Jumak 1
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.
Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut;
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;
“Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;
Doa Jumak 1
Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.
Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.
Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.
Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan. Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.
Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.
Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.
Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri
1. Doa Bersetubuh
Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.
Doa Jumak 1
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.
2. Doa ketika hampir keluar mani
Baca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.
Doa Jimak 2
Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)
sumber: Darussyifa' online
Wednesday, March 23, 2011
Perempuan
Kalau dilahirkan perempuan,
beginilah ceritanya kita di Malaysia,
kalau di China,
nasib kita belum tahu..
mungkin akan jadi anak angkat sesiapa,
atau tidak berangkat langsung..
Kepada perempuan yang sudah dilahirkan perempuan..
adat resam walaupun tak banyak,
harus kau cedok,
budaya Mat Salleh ambil yang patut-patut saja,
dari kecil si ibu belikan kau gaun merah jambu,
bila besar, sungguh-sungguh kau pakai senteng-senteng nampak pusat,
Sudah sudahla tu.
Bila kahwin lain ceritanya,
jadi isteri harus buang segala setan dalam diri,
sebelum semuanya merasuk perkahwinanmu,
dulu baju berhapak diulang tayang,
sekarang harus marathon siapkan baju bergosok,
selalu rasa seperti bibik itu pasti,
bilamana lelaki tidak memuji apalagi hargai,
walau kau rasa nak letak racun pada sarapan pagi nya,
harus kau teliti baju nya yang elok terletak di badannya..
tanda kau superwoman yang bekerja dan beranak dan beribu.
bila jadi ibu,
luangkan segala masa 3 dalam satu,
anak, kerja rumah dan suami.
semuanya adalah top 1.
jika tidak mahu lelaki cari alasan kau pemalas bilamasa dia sudah punya cewek baru,
alasan pemalas pengotor masak tak macam kedai,
masa ni lelaki tak boleh guna alasan ni.
jagalah dia dari tempat tidur, dari makan minum nya, dari pakaiannya dan tutur caramu.
tentulah busuk-busuk macammana pun engkau, dia tidak akan memburukkan kau.
P/s tapi kalau dia still menggatai kat luar jugak...kita bako kita bako...hahahahah..
Tuesday, March 22, 2011
baik baik sayang
Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku
Reff:
Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku di siang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu
Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karena bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku
Ok tak lagu nih...sebab yang nyanyi tu lelaki..tapi saya rasa kadang2 hati u sensitif mcm pompuan la jugak...jgn mare ye......
I lap u..
Thursday, March 17, 2011
Malu saya...
Alkisahnye mcm ni..blogger nih p la makan kat sebuah restoran tu..pastu dia dengar lagu punye la kuat kat restoran tuh...masa makan tu..tengah cantek punye makan ada plak rasa nak terkentut.. mula2 tu tahan la gak kan...takut orang dengar..tapi dia rasa muzik yang dia dengar tu buleh mengkover bunyi kentut dia..dia pun apa lagi la mula melepaskan kentutnye dengan berbagai bagai irama...maklum la dia ingat muzik2 yang dimainkan lebih kuat dari bunyi kentut dia..apa lagi bersambung sambung la kentut dia dengan bunyi bunyian yang mcm ....tut..tut..sambil makan2.
Pastu dia terperasan orang2 kat restoran tu sume mcm memandang ke arah dia..alamak..diorang dengar ke??? hmmm musykil jugak..lepas tu dengan tak semena mena dia teringatkan...dia makan sambil pakai earphone dan muzik yang kuat tu adalah dari walkman dia , dan maknanya dia sorang la yang dengar muzik yang kuat tuh..dan dia sorang la yang tak dengar bunyi kentut tu...patutla orang sume pandang dia...betapa malunye dia waktu tu...
eeee...mesti kuat bunyi kentut tu sampai sume orang pandang dia kan....haahahahha
malu betui...kalau aku aku dah blah dari situ ...tak tunggu dah weiiii....!!!!
Thursday, February 24, 2011
Maher Zain Story
Maher Zain is the most popular Muslim singer on Facebook with a staggering fan base of over 1.6 million people (with more than 65% of his Facebook fan base is Malaysians. He also became the most ‘GOOGLED’ person in Malaysia last year.
Due to the overwhelming response for his showcases last October , Maher Zain is coming back to Malaysia for his first ever grand live concerts in Stadium Malawati, Shah Alam this coming 25th and 26th of February 2011. The concerts will be held for two nights and will feature Maher Zain as the main act along with his live international orchestra. Opening acts will include Awakening artists Mesut Kurtis (Macedonia) and Irfan Makki (Canada) as well as local artist Inteam.
Co-organised by Inteam Records Sdn Bhd and Fiero Sdn Bhd in collaboration with Awakening Entertainment, the concert is expected to start at 7.45 pm on both nights and is an event not to be missed!
From:http://www.tickethotline.com.my/events/maher-zain-live-in-concert/
Maher Zain Live In Concert, Malaysia
Venue : Malawati Stadium, Shah Alam
Dates : 25th & 26th February 2011
Time: 8pm onwards
Ticket Price : RM 297.00
RM 253.00
RM 203.00
RM 103.00
RM 53.00
-
Maher Zain's Concert
- All Tickets are Sold Out for 26th Feb 2011 !
- Only RM103 & RM297 tickets are available for 25th Feb 2011
- Tickets and redemption counters will be opened at Malawati Stadium, Shah Alam this Saturday (19/2/2011) and Sunday (20/2/2011) 10am-5pm ; Monday to event day (21/2/2011 - 26/2/2011) 10am - 6pm.
- Rock Corner will stop selling tickets on Friday (18/2/2011).
- Each ticket is valid for one night only
- Please keep the reference number after each payment transaction. With the reference number, the ticket can be collected at the available redemption counters at Malawati Stadium Shah Alam on the event day
- Children below 3 years old is allowed for FREE ENTRANCE. However, no seat provided
- Kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah (dipangku/diriba oleh ibubapa) dibenarkan MASUK PERCUMA. (Tiada kerusi disediakan)
Cepat2....best woooooo....
Wednesday, February 23, 2011
Hujan Lebat di Kelana Jaya
Entry Petang nih...sangat sejukk...lebatnye hujan kat luar sana...kalau tido duk dalam selimut best gak ..hihihih...tapi apakan daya aku ni kat opis. Kena la mengadap keja2 yang tak abih lagi nih..Sekarang nih aku tgh buat manual untuk e application untuk projek. sambil2 buat manual ni sambil2 la hapdet blog..bukan slalu..dah jarang aku masuk blog sejak 2 menjak nih...hujan yang turun bagaikan mutiara...mau banjir ni kang kalau ujan tak benti2..heeheh...ok la chow..nak sambung keja balik..babai..
Lagu Doaku yang menyentuh hati aku
Hari ni aku nak kongsikan ngan korang lirik lagu doaku dari haddad alwi dari album the way of love. lagu ni memang menyentuh hati aku..cewah cewah..jiwa2 plaks..ahaks. Kalau korang tak caya cubalah dengar lagu nih..memang best..lebih2 lagi bila duk sengsorang pastu korang pasang la lagu nih..uish menyentuh kalbu sungguh..Pernah gak aku baca komen diorang kat tenet kata sampai menetes ayaq mata tau bila dengaq lagu nih...mai la pakat dengaq..korang pandai2 la donlod lagu nih kat tenet..kat sini aku bagi lirik je wokeh..
Bismillah Yaa Rahmaanu yaa Rahim Bismillah
Bismillah Yaa Fattahu Yaa halim Bismillah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Yaa Allah Yaa mannaanu Yaa karim Yaa Allah
Bismillah, Bismillah, Bismillah
Yaa Robbiy sudilah pandang kami
Terangi jalan gelap ini
Jangan biarkan aku terus sendiri
Mencari mendaki dan berduri
Yaa Robbiy dengarlah doaku ya Robbiy
Hadirlah dalam kehidupan kematian kami
Coba dan uji kan kulalui
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rokhim
Pemilihan MPP UPM Kecoh Giler
Insiden bermula jam 3.30 petang selepas bekas pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M), Mohd Lukman Al Hakim mendakwa dikasari selepas perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP yang juga Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Pro Dr Mohd Fauzi Ramlan.
Dalam kejadian itu, lebih 60 pelajar Pro-M dilaporkan merempuh pintu kaca di bangunan pentadbiran universiti itu hingga pecah selepas Mohd Lukman mendakwa dikasari ketika mengadakan perbincangan bersama Dr Mohd Fauzi. Ganahnyo budok UPM nih..!
Lukman dikatakan dikerumuni tiga hingga empat kakitangan keselamatan universiti ketika cuba membawa keluar fail yang dipercayai mengandungi bukti penyelewengan yang berlaku pada proses bantahan yang dikemukakan oleh kumpulan pelajar Pro-Aspirasi (Pro-A).
Melihat Lukman ditolak, penyokong Pro-M mula bertindak agresif, namun keadaan dilaporkan berjaya dikawal selepas kehadiran polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Razak Elias, berkata polis berjaya mengarahkan penyokong Pro-M agar bersabar dan mengikut saluran betul untuk membuat bantahan.
“Tiada tangkapan dilakukan, namun polis terpaksa meminta bantuan Unit Forensik Polis bagi menjalankan siasatan di lokasi kejadian, Namun, kami berpuas-hati dengan tindakan penyokong Pro-M dan Pro-A yang mematuhi arahan polis supaya bersurai,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UPM, Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata pihaknya tidak menghalang pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan mengadakan demonstrasi asalkan tidak melampaui batas.
“Sepatutnya semua yang menjadi calon menghormati keputusan dan boleh membuat rayuan atau bantahan menggunakan saluran disediakan. Mereka memang berhak mengadakan demonstrasi jika mahu, tapi kena ada batasan. Kami tidak berniat menghalang pelajar meluahkan pendapat dan suara mereka sentiasa diambil kira. Bagi saya, apa yang berlaku membuktikan proses demokrasi berjalan lancar,” katanya.
P/S : Ni kan Pilihanraya MPP je kot..Tak yah la nak fanatik & terlalu ikut perasaan. Pelajaran kan lebih penting..!
sumber:www.bharian.com.my
Tuesday, February 22, 2011
Mencari kerja kosong
Alkisahnye kat tempat kerja aku nih environment keja memang best tapi ramai kengkawan lain dapat better offer untuk pegi tempat lain tu yang rasa bestnye kalau dapat better offer gak..tapi apakan daya...belum ada rezeki la kot..aku percaya benda nih..setiap yang berlaku ada hikmahnya.
So aku pk buat masa nih just tumpukan perhatian pada keja aku yang sedia ada ni dan akan bertambah bila2 masa je..pasai kerja kosong tu still takkan abih walaupun banyak kali aku apply dan korang sume apply..people will come and go..so macam tu gak ngan aku..kalau ada rezeki kat tempat lain maka berpindah la aku ke tempat lain..tapi siyes la aku cakap environment keja kat sini memang best cuma tang $$$ tu je yang kurang best kot..mungkin korang yang mengalaminya akan terdetik jugak kat hati tuh...hehehehe..tu pendapat aku la. so kalau ada keja kosong kat tempat korang khabor2kan la kat aku..mana tau ada hikmahnya kalau kompeni korang amik aku..hahahahahahahaha..wallahualam.
Sunday, February 20, 2011
Azizul Hasni Awang Kaki tertembus Kayu
Walaupun cedera, ini tak menghalang Azizul Merangkul pingat gangsa acara di Manchester.
MANCHESTER 20 Feb. - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan penuh bergaya dan kesakitan.
Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat.
Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya.
Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya. - Agensi
Kepada Azizul Hasni Awang
Kami doakan ko cepat la sembuh yek..
Semoga kecederaan ni tak terlalu serius sehingga mengganggu prestasi ko dalam sukan lumba basikal...
Wednesday, January 12, 2011
Sape Suka Minum Air Sejuk....:>???
Masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan.
Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia
akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat,
ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah
penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Amaran berkenaan serangan jantung Anda seharusnya mengambil tahu yang
petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada. Awasi
jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa. Lebih banyak yang anda ketahui berkenaan serangan jantung, maka lebih peluang untuk anda terselamat.
Kata pakar kardiologi (jantung), jika seseorang telah membaca fakta ini, sebarkanlah ia kepada 10 orang lain yang dikenali, anda mungkin tidak mampu menyembuhkan pesakit, tetapi anda sebenarnya berjaya menyelamatkan seseorang dari menjadi pesakit.
Tuesday, January 11, 2011
Pesanan Nabi Muhammad S.A.W : Perkara sebelum Tidur
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara , iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an ,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir ,
3. Sebelum para muslim meredhoi kamu ,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh
"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"
Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
Bismillaahirrohmaan irrohiim , Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )
Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku , maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim , Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )
Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3 x )
Dan , perbanyaklah bertasbih , bertahmid , bertahlil , bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh"
Bismillaahirrohmaan irrohiim , Subhanalloohi Walh amd ulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )
Monday, January 10, 2011
73 kesan cedera pada seluruh tubuh
JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.
Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.
Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.
“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.
“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.
“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.
“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.
Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
SAYANG ANAK TANGAN2 KAN Bukan BUNUH2KAN
Adialuvluze : My First GA
Sunday, January 9, 2011
Lirk Lagu Drama King Meet uncle hussein & Black
Ni ha liriknya
Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut
Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Chorus
Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati murahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama
Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu
Ulang Chorus
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertakhta
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Gambar pemenang AJL 25
Manchester United Tewaskan Liverpool..
Gol dihasilkan Ryan Giggs menerusi sepakan penalti pada minit ke-2 perlawanan selepas Dimitar Berbatov dijatuhkan oleh Daniel Agger di dalam kotak penalti.
United akan bertemu Southampton pada pusingan seterusnya yang dijadualkan pada 29 Januari.
Sumber Utusan Malaysia
Lirik Lagu Juara AJL 25 - Ana Raffali
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Tolong ingatkan aku
Kisah kita
Keputusan AJL ke 25
Pemenang Anugerah Juara Lagu 25
Juara AJL25 - Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali
Naib Juara AJL25 - Drama King - Meet Uncle Hussein & Black
Tempat Ketiga AJL25 - Noktah Cinta - Hafiz
Persembahan Terbaik - Hanyut (Faizal Tahir)
Vokal Terbaik - Hafiz (Noktah Cinta)
Rata rata ramai yang tak berpuas hati dengan keputusan juri Beb..aku pun tengok macam tak best je semalam sebab ramai yang blah masa keputusan pemenang juara lagu diumumkan..sebab Cheryl Samat dah cakap masa dia nak umumkan nama pemenang "memang tak disangka"..
Tapi kata M Nasir..
"Tolong Ingatkan Aku lagu yang sensitif, personal dan simple. Itu yang kami cari sebenarnya. Mungkin lagu ini tidak popular dan lagu lain lebih ramai peminat. Banyak lagu yang sedap tapi lemah pada liriknya. Lirik memainkan peranan yang besar kepada sesebuah lagu.
"Saya sedar keputusan ini akan dipertikaikan, namun apa yang penting rasa yang hadir dalam diri bila mendengar lagu ini. Lagu ini jujur berbanding lagu lain yang bertanding. Juri memilih lagu yang bagus, bukan lagu yang popular," ulasnya.
Hhahahaa...dah juri kata macam tuh..nak buek cemano..lirik lagu lain masih lemah la...sila ikut contoh lirik Tolong Ingat kan Aku untuk membuat lirik kalau nak masuk AJL tahun depan ye..
Ana raffali plak kata
"Nak atau tidak, saya sudah mendapat kemenangan. Lagipun masih terlalu awal untuk berkata orang tak sukakan saya. Saya masih baru dalam industri dan ini penampilan pertama dalam AJL, berilah masa dan peluang," luahnya bersyukur dikurniakan kemenangan walau diuji pelbagai masalah sebelum persembahan.
cewahcewah...dah menang..Tahniah la buek ekau Ana nur hidayah raffali dan semuo pemonang
Saturday, January 8, 2011
MERLIN: Kisah Pemuda dan Kuasa Sihir Kembali Lagi
Nih Gambar diorang
Korang Suka tak cerita Nih?
a3
Popular Posts
-
tadi kat opis...ada orang tak flush taik..yark...alaaa...bukannye susah nak flush taik tuh..atau adakah anda terlupa untuk flush taik anda k...
-
UJIAN ALLAH 5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG 1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA Senti...
-
Safee Sali Nor shahrul Idlan Talaha Pasukan Kebangsaan Malaysia Piala AFF Suzuki 2010 VS Team Indonesia Keputusan perlawanan Final pusingan...
-
Oleh: Ibnuumar Asseluluni Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjau...
-
cap jari terbentuk pada minggu ke 13 dan minggu ke 19 kehamilan. Pada minggu ke 19 kedutan otak mula terbentuk pada cap jari. semua 10 ca...