horizontal adsense

Marilah jadi Follower Aku...Sama2 kita meriahkannYa

a2

Friday, December 31, 2010

Kepada Allah jua kita kembali....

Salam kepada semua pembaca. entry aku kali ini khas untuk jiran sebelah umah aku. Takziah aku ucapkan kepada keluarga, isteri dan anak2 beliau kerana pada tanggal 29 Disember 2010 pada pukul 730pm beliau telah kembali ke rahmatullah. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali jua. Beliau seorang yang sangat baik tetapi Allah lebih menyayangi beliau. Aku sekeluarga berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di antara orang orang yang beriman. Semua kenalan dan keluarga terkejut sbb dia pergi terlalu awal. Usianya baru 38 tahun. Tapi kami semua redha. ini semua ketentuan Allah. Kita sebagai hambaNya perlu mengambil iktibar bahawa ajal dan maut tidak mengenal usia. Kita yang hidup nih kena la membanyakkan amal untuk bekalan..Ingatan untuk diri aku tu. Aku harap semoga isteri beliau tabah menghadapi dugaan ini dalam membesarkan anak2 yang masih kecil. TAKZIAH Di ucapkan. Marilah kita sedekahkan AL FATIHAH kepada beliau.



Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH MALAYSIA...PIALA SUZUKI DALAM GENGGAMAN




Tahniah pasukan MAlaysia..selama 14 tahun menanti akhirnya Malaysia berjaya membawa pulang Piala Suzuki. Rasa bangga betul walaupun bukan aku yang main bola. yang paling menyentuh hati aku bila Safee Sali menjaringkan gol pertama..kihkihkih tersentuh la plak..Aku heran la nape kawan aku ada yang sokong Garuda...walaupun kita rakyat Malaysia..hmmm musykil betul..adakah korang sengaja ataupun korang dah memang kena bomoh ngan Garuda ataupun korang memang Spastik yang tak tau kerakyatan korang..HAahahaha...Lantak la korang..(ada aku kesah!dialog ALisha).

PETIKAN DARI BERITA HARIAN:

Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara. SAFEE cuba melepasi asakan pertahanan Indonesia, Zulkifli Syukur
sambil diperhati Norshahrul (kanan)
ketika perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno
.

Gambar dari bharian.com.my

<<<<<<<<TAHNIAH PEMAIN PEMAIN MALAYSIA>>>>>>>>KORANG MEMANG BAGUS>>>TERIMA KASIH PM SEBAB BAGI CUTI ARI JUMAAT NIH>>>>DOAKAN GAJI AKU MASUK ARI JUMAAT>>BOLE P SOGO BELI BARANG<<<<<<<<<<<<<<<



Bila Harimau Malaya Menggigit Garuda

Yeah...standing in d Eyes of the world..Malam ni bakal menyaksikan harimau Muda menggigit dan membaham Garuda. Garuda pasti akan dibaham harimau..ngehngehngeh. sebab garuda tak leh terbang malam maa...Mata harimau sangat tajam pada malam hari..kehkehkeh..

Harimau jangan cepat give up ok! Walaupun di sana gawat dengan penyokong2 Garuda yang FANATIK !

Korang memang terrrBAIKKKK...KOrng dah ada extra Mata 3 - 0 ok. Kami di Malaysia tetap akan mendoakan kejayaan korang..Baham harimau Baham! Bawak Pulang Piala Suzuki..tapi kalau tak bawak pulang pun kat sini tetap Banyak SUZUKI.. Jangan TerPsiko plak ngan Penyokong2 Garuda yang tak leh terbang Tuh Ok


LAGU NIH UNTUK KORANG

Pahit getir hidup...
dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi,
demi kejayaan
Terdidik sejak mula,
tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah,
tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka

Tuesday, December 28, 2010

Aku dah ada signature blog

Ni la signature blog aku...comei tak? hehehehe..kalau korang nak buleh amik koding dari aku



Aktiviti berblogging diteruskan lagi..Follower aku bertambah

Penat betui rasanya bile dah aktif blog balik nih...cewah2..tak de la penat mana pun. HAri nih ada la penambahan sikit pasai gadget dan jojet hasil dari rujukan dari blog orang2 lain. Ari nh aku dapat lagi satu kawan baru la nampaknya...hmm baguih jugak berblog nih. dapat menambahkan rakan2 yang secara nyatanya mustahil untuk aku dapat sebab aku nih pemalu kihkihkih. tu la pasai aku nih tak ramai kawan.

Sila lihat gambar follower terkini aku setakat 29/12/2010 pada jam 12.08pm

Best dan berbunga bunga rasanya aku bila follower bertambah..hahahaha mesti korang gelak kan.poyo giler aku ..follower baru 5 orang ..bak kat makcik aku baru secotet. nak kecoh..tak pela aku suka..biorla ko apa tau.. Kalau korang nak tau ni kan hasil usaha kita. kalau follower bertambah korang pun mesti la rasa berbunga bunga betui tak?sebab usaha korang berhasil kan.. Sape sokong aku? hahahah perasaan tul la ko ni..ehkehkeh...So kepada korang yang baru berblog korang akan rasa apa yang aku rasa ni kot..ataupun korang ok la sendiri apa perasaan korang kan...lantak la kome..itu hak kome sendiri kan..

Mari la jadi follower aku ....mai la mai la...heheheh

Sunday, December 26, 2010

Senarai pemenang Anugerah Skrin 2010

Anugerah Skrin 2010 telah pun berlangsung pada 24 Disember 2010. Senarai pemenenag adalah seperti berikut:

Rancangan Realiti Terbaik - Showdown 2010 Episod 10

Lakon Layar Terbaik Filem - Syamsul Yusof (Evolusi KL Drift 2)

Drama Komedi Terbaik - Simpang 3

Lakon TV Terbaik - Antara Garisan (Shahrul Ezad Abidin)

Rancangan Hiburan Terbaik - Anugerah Bintang Popular

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama - Fadilah Mansor (Sebelum Akhirat)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama - Isma Yusoof (Antara Garisan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem - Fazura (Pisau Cukur)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem - Aaron Aziz (Evolusi KL Drift 2)

Rancangan Bual Bicara Terbaik - RTM Isu Khas Gaza Palestin Kami Bersamamu

Laporan Khas / Berita Terbaik - Aduan Rakyat Berbumbung Langit

Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik - Astro Prima : Epik Suatu Ketika (Laskar Senoi)

Videografi Terbaik - Datang Bulan

Pelakon Wanita Terbaik Filem - Sharifah Amani (Muallaf)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem - Bront Palare (Belukar)

Pelakon Wanita Terbaik Drama - Noorkhiriah (Antara Garisan)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama - Fauzi Nawawi (Sebelum Akhirat)

Pengarah Terbaik Filem - Yasmin Ahmad (Muallaf)

Pengarah Terbaik Drama - Murali Abdullah (Sebelum Akhirat)

Rancangan Muzikal Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24

Anugerah Yasmin Ahmad - Shaheizy Sam

Drama Rantaian Terbaik - Nur Kasih

Filem Terbaik - Muallaf

Drama Terbaik - Antara Garisan

Yang paling aku suka tentunya pasangan duet lagu Kurnia.. Sape lagi Noh dan Misz Nina. Diorang just buat show untuk malam Anugerah Skrin 2010. Pada aku diorang memang best. Para pemenang tak kurang hebatnye. Banyak yang aku suka menang malam tuh.

credit tu manggaonline.com.my untuk senarai pemenang.

Gambar Team Malaysia Vs Indonesia

Safee Sali
Nor shahrul Idlan Talaha

Pasukan Kebangsaan Malaysia Piala AFF Suzuki 2010

VS

Team Indonesia

Keputusan perlawanan Final pusingan pertama Malaysia menang 3-0.
credit to bharian.com.my

Tahniah Malaysia...

Malaysia menang..baguih betui depa main.

Safee dua gol minit ke 64,71

Ashari satu gol minit ke 67

kita menang selesa 3-0 dalam perlawanan menentang Indonesia dalam perlawanan piala Suzuki 2010 di stadium Bukit Jalil walaupun berlaku insiden tembak-menembak Lazer di minit ke 55.Namun permainan diteruskan semula.

Keputusan rasmi Malaysia 3-0 Indonesia.Malaysia akan menentang Indonesia pada perlawanan ke dua di Stadium Bung Karno nanti pada 29 Dec 2010.Harap-harap depa menang.Go Malaysia Go! Rakyat Malaysia doakan kejayaan Anda. Yeah..! :)


cerita sana sini

Ok..sekarang nih aku nak cite pasal Coklat Cote d'Or. Coklat nih memang sedap beb.
Aku nih sekarang nak makan je keja nye. Nak jaga badan
tak kasi kurus.ni ha coklatnye
Bukan sekor Gajah aku dapat dengan membeli coklat nih tapi berekor ekor. Huish memang hebat sesape yang makan coklat nih..sekali makan dengan gajah2 nih sekali masuk molot..bukan senang nak makan gajah sebenar kan. dapat coklat gajah pun jadila. aku kirim kat kawan punye kawan ari tu.Ni gambar hazelnut nye yang tak kedekut. tu la aku suka . Dulu ada la member aku kak Ina namanye, dia memang suka coklat belalai gajah nih.


Kalau sesape nak cuba datang la tempat aku kat opis aku, kat deptment aku ari selasa nih ye.

Saturday, December 25, 2010

Azam Akhir Tahun...macam lapuk je

Azam tahun baru aku..uppsss...Azam akhir tahun aku...YeAH..NAk jadi blogger tegar. Dengan blog baru aku nih..walaupun tk seceria mana tapi aku berazam nak tambahkan follower menjadi semakin ramai dan bertambah ramai.walaupun sekarang nih tak de follower langsung..kahkahkahkah.padan muka aku. Aku akan manja menjadikan blog aku nih ceria sedikit demi sedikit..cewahcewah skema plak ayat aku.

Thursday, December 23, 2010

Akhir Tahun...

Entry kedua aku..uik sekarang dh akhir tahun..macam kejap je aku rasa. Aku nak cerita la peel kat opis aku..mungkin tk sama ngan opis korang. opis aku nih ujung tahun nih aku rasa la paling ramai member2 aku yang bersara benti kot.maklumla bonus tak dapat dapat better offer. Member2 aku nih sumenye power2. tu pasal la diorang dapat pegi kompeni lain. Tak macam aku, apply tmpat lain sume tak panggil. Tapi sebenarnya tk bermakna diorang yg tinggal ni tk power jt tak mo pegi kot..mungkin diorang nih...
  • Sayang kat kompeni takde maknanye
  • Sedey utk bepisah ngan kawan2..hehehe perasaan betui
  • Takut nak mula balik kat kompeni baru..maklumla kat kompeni lama nih dah senior
  • Takut tk leh survive kat kompeni baru
Actually tu sume nye alasan aku..Sorryle kengkawan bukan alasan korang ngengehngeh..

Tuesday, December 21, 2010

Sekapur sirih seulas pinang

Salam kepada semua pembaca, pengeja blog dan blogger yang dihormati. Selamat membaca blog aku yang tak seberapa nih..kat sini akan aku kongsikan bersama kamu sekalian corat coret kehidupan aku or sekeliling aku dan kamu yang berkenaan deh.heheheheh.kalau ada yang terasa tuh I'm sorry..aku mintak maaf siap - siap la yek.

a3

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila tinggalkan jejak langkah anda disini