horizontal adsense

Marilah jadi Follower Aku...Sama2 kita meriahkannYa

a2

Tuesday, April 12, 2011

Khasiat Bawang Putih...






Pagi tadi aku guna BAWANG PUTIH sebab kat tangan aku nih mcm ada gatal2...takut merebak la pulak..aku potong bawang putih tu je pastu sapu kat tangan yang gatal..sebab dulu arwah mak aku kata kalau guna bawang putih memang berkesan..pastu lepas sapu pijor la tangan aku kejap..tapi lepas tuh dah tak gatal lagi..hmmm kuman dah mati kot..bagus betul petua orang tua2 nih..ubat traditional. tanpa bahan kimia berbahaya..so lepas masuk opis pagi nih aku pun surf la mencari khasiat bawang putih yang sebenarnye..haa terjumpala blog member nih yang ada entri pasai bawang putih nih..

http://ambooyats.blogspot.com/2010/09/rahsia-permaisuri-herba-bawang-putih.html

Tahukah Kita.....?????


Orang Mesir dan Cina telah menggunakan bawang putih sejak beribu tahun dahulu. Pekerja buruh Mesir memakan bawang putih setiap hari untuk mengekalkan kesihatan mereka. Di China terdapat tulisan tentang kegunaan bawang putih sebagai ubat. Di India bawang putih digunakan untuk mengunati batuk kering dan tekanan gula dalam darah. Di Thailand, bawang putih diguna bagi MENGIMBANGI KOLESTEROL dan tekanan darah tinggi tubuh.

Faedah Kesihatan

Berfungsi sebagai antiseptik, antibody, antibakteria, antioksidan, menghilangkan kahak, sesak nafas. Juga meransang dan menguatkan sistem imunisasi, mencegah infeksi, mengawal tekanan darah tinggi dan mengimbang kolesterol tubuh. Antibiotik semulajadi iaitu Alicin yang terdapat dalam bawang putih boleh membunuh kuman yang menyebabkan batuk, asma dan sesak nafas.

Kaedah Pengambilan

1. Hiris seulas bawang putih dan rendam dalam air suam dan minum setiap pagi sebelum mengambil sarapan. ia diambil sebelum tidur untuk mencegah sinus.

2. Untuk meredakan rasa sejuk, batuk,selesema dan asma, cara yang sama boleh digunakan tetapi ambilah 3-4 kali sehari selepas makan. Juga dapat membantu membersihkan hati, mengawal tekanan gula dan darah tinggi.

3. Untuk mengurangkan rasa kurang enak, boleh dicampur dengan madu.

Kegunaan Luar
1. Mengubat kaki tersalah urat, tumbuk dan campur minayk zaitun. Letak pada tempat sakit selama 15 minit. Jika terkena ulat air letak selama 20 minit atau setengah jam. Cuci kaki dengan air suam.

2. Juga boleh digunakan jika terkena gigitan nyamuk dan serangga berbisa.



Monday, April 4, 2011

Cara2 mengukur kaki anak anda

Salammmm...sume kengkawan...kat sini aku ada letakkan kekdah @ cara2 mengukur kaki anak2 kita

Cara2 Mengukur Kaki Anak Anda :
1. Letakkan kaki anak diatas sehelai kertas
2. Tandakan dgn pensil hujung jari ke hujung tumit kaki
3. Ukur dgn pembaris ukuran kaki anak dgn menggunakan sentimeter (sm)
4. Jika kaki anak 15 sm, tambah ukuran 1.5 - 2 cm
5. Jadi, kasut yg sesuai dgn anak anda berukuran 16.5 @ 17 sm

Selamat mencuba.........




Friday, April 1, 2011

tentukan waktu dengan tepat

Hi prennnn...mesti ramai yang dah tau cara nak tentukan waktu dengan tepat...kali nih bagi yang belum betul betul pasti waktu dengan tepat boley la ke link di sini....


www.worldtimeserver.com/current_time_in_MY.aspx

klik la link tuh..boley dapatkan info yang berguna dan tentukan waktu dengan tepat..

www.worldtimeserver.com/current_time_in_MY.aspx


a3

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila tinggalkan jejak langkah anda disini