Pages

Daisypath Friendship tickers

horizontal adsense

Marilah jadi Follower Aku...Sama2 kita meriahkannYa

a2

Monday, January 10, 2011

73 kesan cedera pada seluruh tubuh

Tersentuh hati aku bila baca berita pagi tadi...Sayu betui la..Kesian Allahyarhamah adik Nur Dania Qistina Nurafizan..Usia baru 3 tahun tapi dah kena DERA ngan MAK TIRI dia..Apa punya manusia..Aku tau La BUKAN ANAK KAU..tapi KAU TAK DEK OTAK Ke..???Adoi.. Sakit Hati aku ni tau tak..Adik nih tak berdosa..Sorry la Kengkawan Entry nih penuh Emosi la..AKu tak leh laa ORANG DERA ANAK nih..Agak2 La Kalau nak mengajor pun.. SAMPAI MATI KO AJAR.. NI BUKAN NGAJOR NIH.. NI MEMBUNUH NAMANYA...Ko nih Nak Kawen ngan BAPAKNYE KO KEna La TERIMA ANAKNYA JUGAK..KUCING Kat UMAH AKU PUN TAK DERA ANAK DIA.DH LA ko BUNUH dia Pastu KO CAKAP Dia LEMAS PLAK...ADOI.. Kenapa MCM TUHHHHH????... Korang Baca la berita Kat HArian Metro tuh...Ni petikan Yang aku Copy n Paste..UNTUK TATAPAN KORANG..JADIKAN La RENUNGAN..

JOHOR BAHRU: Tujuh puluh tiga kesan cedera pada seluruh tubuh menjadi petunjuk punca kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun akibat didera dan bukan disebabkan lemas seperti didakwa ibu tirinya.

Nur Dania Qistina Nurafizan yang tinggal bersama bapa dan ibu tirinya yang berusia 25 tahun di Kampung Sungai Tiram di sini, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, pagi kelmarin, selepas dibawa ke hospital oleh bapanya yang memberitahu dia lemas dalam baldi.

Bagaimanapun, hasil bedah siasat dilakukan, pihak hospital mengesyaki punca kematian kanak-kanak itu akibat didera dengan kejam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh berdasarkan laporan bedah siasat yang diterima polis, tengah hari semalam.


Menurutnya, laporan menunjukkan mangsa mempunyai 73 kesan penderaan fizikal selain lebam di dada.


“Doktor juga mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana mengalami pendarahan dalaman di paru-paru dan menolak dakwaan ibu tiri mangsa yang menyatakan kanak-kanak itu lemas.

“Dalam laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan daripada isterinya pada jam 8.30 pagi ketika berada di tempat kerja dan wanita itu menyatakan anak kedua suaminya hasil perkahwinan pertama lelaki itu ditemui tidak sedarkan diri dan lemas di dalam baldi.

“Lelaki terbabit membawa mangsa dari rumah mereka di Kampung Sungai Tiram di sini ke hospital bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

“Bagaimanapun, lelaki itu menyatakan anaknya tidak dapat diselamatkan dan hospital mengesahkan mangsa meninggal dunia di hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Roslan berkata, mengikut laporan bedah siasat, dakwaan ibu tiri mangsa bahawa mangsa lemas tidak benar kerana tiada tanda lemas dikenal pasti sebaliknya ada 73 kesan penderaan dan pendarahan dalaman di paru-paru.

Menurutnya, polis sudah menahan ibu tiri terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SAYANG ANAK TANGAN2 KAN Bukan BUNUH2KAN

2 comments:

  1. biasa la anak tiri!! huhu wahh selamat berjaya..usaha tangga kejayaan :P

    Meh singgah: Follower yg ke100

    ReplyDelete
  2. kasihan budak ni didera sehingga meninggal dunia.. Apalah dosa dia..

    ReplyDelete

a3

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila tinggalkan jejak langkah anda disini