Pages

Daisypath Friendship tickers

horizontal adsense

Marilah jadi Follower Aku...Sama2 kita meriahkannYa

a2

Wednesday, February 23, 2011

Pemilihan MPP UPM Kecoh Giler

SERDANG: Tiga pelajar dan tiga kakitangan keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) keselamatan cedera dalam kekecohan ketika bantahan keputusan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2010/2011, di universiti itu semalam. Ya Allah Sampai Mcm tu Skali....?

Insiden bermula jam 3.30 petang selepas bekas pengerusi kumpulan Pro Mahasiswa (Pro-M), Mohd Lukman Al Hakim mendakwa dikasari selepas perbincangan dengan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP yang juga Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar, Pro Dr Mohd Fauzi Ramlan.

Dalam kejadian itu, lebih 60 pelajar Pro-M dilaporkan merempuh pintu kaca di bangunan pentadbiran universiti itu hingga pecah selepas Mohd Lukman mendakwa dikasari ketika mengadakan perbincangan bersama Dr Mohd Fauzi. Ganahnyo budok UPM nih..!

Lukman dikatakan dikerumuni tiga hingga empat kakitangan keselamatan universiti ketika cuba membawa keluar fail yang dipercayai mengandungi bukti penyelewengan yang berlaku pada proses bantahan yang dikemukakan oleh kumpulan pelajar Pro-Aspirasi (Pro-A).

Melihat Lukman ditolak, penyokong Pro-M mula bertindak agresif, namun keadaan dilaporkan berjaya dikawal selepas kehadiran polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Razak Elias, berkata polis berjaya mengarahkan penyokong Pro-M agar bersabar dan mengikut saluran betul untuk membuat bantahan.

“Tiada tangkapan dilakukan, namun polis terpaksa meminta bantuan Unit Forensik Polis bagi menjalankan siasatan di lokasi kejadian, Namun, kami berpuas-hati dengan tindakan penyokong Pro-M dan Pro-A yang mematuhi arahan polis supaya bersurai,” katanya.
Sementara itu, Naib Canselor UPM, Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata pihaknya tidak menghalang pelajar yang tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan mengadakan demonstrasi asalkan tidak melampaui batas.

“Sepatutnya semua yang menjadi calon menghormati keputusan dan boleh membuat rayuan atau bantahan menggunakan saluran disediakan. Mereka memang berhak mengadakan demonstrasi jika mahu, tapi kena ada batasan. Kami tidak berniat menghalang pelajar meluahkan pendapat dan suara mereka sentiasa diambil kira. Bagi saya, apa yang berlaku membuktikan proses demokrasi berjalan lancar,” katanya.


P/S : Ni kan Pilihanraya MPP je kot..Tak yah la nak fanatik & terlalu ikut perasaan. Pelajaran kan lebih penting..!

sumber:www.bharian.com.my


2 comments:

  1. uissshhhh, nana budak UPM gak matul...x ganass pon,hehehehehe....sn MPP mmg pelik ckit, gila kuasa blaka..:)

    ReplyDelete
  2. nana: ehehehe...tak sume budak UPM ganah...nana tak ganah...hihihi..

    ReplyDelete

a3

Popular Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila tinggalkan jejak langkah anda disini