Salam semua..Hidup ini memang penuh dengan cubaan dan dugaan. Namun kita semua haruslah sedar bahawa semua dugaan dan cabaran yang datang tak akan berhenti selagi kita bernyawa. Sedari kita dilahirkan sehinggalah saat akhir nyawa kita dicabut itu semua dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Banyak cara untuk kita ceriakan diri kita sendiri. Sesetengah individu berasa ceria jika melihat orang disekelilingnya ceria. Terkadang kita akan berfikir sejenak mengapa sesetengah orang tidak ceria. Mungkin orang tersebut menghadapi masalah. Dari renungan mata kadang2 kita dapat merasakan perasaan sahabat kita. Tapi semua ini memakan masa untuk dipelajari.
Keceriaan terpancar dari hati. Jika hati kita tidak ceria atau tidak tenang kesuraman akan terpancar di muka dan perbuatan kita. Hati yang ceria dapat membuatkan hari kita ceria.
Tips..
Sebelum tidur tanamkan sesuatu yang positif untuk dilalui pada esok hari.
Bangun pagi dengan muka penuh senyuman..Tanamkan azam untuk melalui hari ini dengan ceria.
Lalui perkara perkara dengan hati yang positif.
Sekian jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment