Aku sayang anak anak aku. Itulah yang sentiasa bermain
difikiran kita sebagai ibu dan bapa.
Kadang – kadang perasaan yang terpendam di hati kita tak dapat kita
luahkan dengan kata – kata. Setiap kali
kita berada di tempat kerja atau jauh dari anak – anak kita, hati kecil kita
akan tergambar perasaan betapa kita sayangnya anak2 kita.
Begitu juga anak2 kita.
Mereka terlalu sayangkan ibu dan bapa mereka. Tapi kadang- kadang kita sebagai ibu bapa
salah interpretasi perasaan anak2 kita.
Anak2 juga kadang2 salah interpretasi apa yang mereka sendiri
rasakan. Di bawah ni senarai perkara2
perkara yang anak2 aku lakukan sepanjang pengalaman aku bersama anak2ku yang
comei ni...
·
Pagi bila nak pegi taska diorang akan sengaja
buat2 tak dengar bila aku suruh bangun dari tidur.
·
Pastu bila dah bangun dari tidur dah lambat.
Dahla lambat sengaja mintak macam2 dari mama atau papa..menguji kesabaran mama
dan papanya...tensionnya...nak marah tapi....
·
Kadang2 tuh time mood dia tak mau pegi
taska..dia akan bangun pastu menangis...macam2 alasan akan keluar dari mulut diorang yang kecik molek tuh...
o
Abang tak mau pegi ta ka ari ni...nati kawan
pukol abang...ataupun na ti cekgu pukol abang...
o
Ari ni ta ka tutup...sume owang cuti..
o
Kadang2 tu...abang nak bawak itu la ini la...(benda2
yang tak bole nak bawak ke taska sume nak bawak..
o
Kadang2 tuh dah nak kuar umah, mama dan papa dah
pakai cantik2 nak g keja...adik dia bule plak memerut (buang air besar aka
berak)...kalau tak basuh maka nya semerbak la baunye...
o
Ataupun dah suruh sarapan pagi tapi tak
mau...dah nak kuar umah baru la dia mintak macam2...mama nak air milo...mama
nak makan...mama nak susu...
o
Macam2 kerenah kalau nak listkan memang kadang2
tak bole terima langsung alasan diorang.....
Tapi itula anak2 kita...kerenah semasa kecil...kita akan
rindukan mereka bila kita kat tempat kerja...btul tak?????hehehehe....kadang2
anak2 aku tu kena jugak marah bila kita ni dah kelam kabut nak g kerja pastu
diorang sibuk ngan kerenah diorang tuh...itu pengalaman aku la...mungkin anak2
anda tak macam nih...sekadar perkongsian cerita sebagai kenangan untuk tatapan
aku di kemudian hari...