

Walaupun cedera, ini tak menghalang Azizul Merangkul pingat gangsa acara di Manchester.
MANCHESTER 20 Feb. - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan penuh bergaya dan kesakitan.
Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat.
Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya.
Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya. - Agensi
Kepada Azizul Hasni Awang
Kami doakan ko cepat la sembuh yek..
Semoga kecederaan ni tak terlalu serius sehingga mengganggu prestasi ko dalam sukan lumba basikal...
hope dia cepat sembuh,...
ReplyDeleteto Mar and cik teynteyn: kesian dia kan..sama2 la kita doakan dia cepat sembuh
ReplyDelete